Selamat datang ke blog saya~
Assalamualaikum W.B.T
Saya amat gembira ingin berkongsi kejayaan ahli kumpulan roket kami kepada anda semua.
Pada mulanya, saya diberitahu oleh cikgu saya bahawa terdapat pertandingan roket air yang akan diadakan di Universiti Malaysia Sabah. Saya merasa amat gembira kerana pertandingan seperti itu adalah pertandingan yang saya tunggu selama ini.
Lalu, guru saya memberi tanggungjawab kepada saya untuk mencari ahli kumpulan bagi menyertai pertandingan tersebut. Saya amat gembira ketika itu, tetapi semua keadaan berubah apabila guru saya memberitahu bahawa pertandingan tersebut dilaksanakan pada cuti hujung tahun ini.
Saya berbincang dengan rakan saya iaitu syahmie untuk mencari ahli roket lain untuk menyertai pertandingan ini. Antara rakan ahli roket saya ialah azlam, eirfan mirza , saiful dan ramai lagi. Saya mengajak mereka untuk menyertai pertandingan ini tetapi setelah berbincang, mereka tidak dapat mengikutinya kerana tarikh tersebut merupakan hari mereka pulang ke kampung halaman mereka.
Saya dan syahmie tidak berputus asa walaupun kekurangan ahli. Saya meneruskan usaha saya untuk mencari lagi rakan saya yang ingin berminat mengikuti pertandingan ini..
Apabila saya menguar-uarkan pertandingan ini, ramai kawan saya yang berminat untuk menyertainya. Antara kawan saya tersebut ialah Ahnaf, Akmal,Syafiq, Saiful dan membentuk 2 kumpulan termasuk saya dan juga Syahmie.
Setelah itu, saya mengambil nama mereka untuk diserahkan kepada guru saya bagi mendaftarkan senarai nama kami kepada pihak penganjur. Setelah ramai pulang daripada asrama, kami berlatih dengan bersungguh -sungguh walaupun ketika itu asrama menjadi sunyi.
Kami tidak merasa kesunyian kerana ketika itu calon SPM masih menginap di asrama. Kami tetep meneruskan latihan dengan bantuan senior kami (Ridhauddin) lebih dikenali sebagai dau-dau yang arif berkaitan roket air ini.
Kami berlatih membina dan melancarkan roket tersebut tidak kira panas terik mahupun malam. Kami berpegang pada kata-kata 'Usaha Tangga Kejayaan'.
Gambar tersebut merupakan kami bersama senior yang lain yang sibuk berlatih di malam hari sambil meminum air kelapa bagi mengalas perut yang telah penat berlatih.
Gambar tersebut merupakan kawan saya iaitu Akmal, Syahmie bersama yang lain yang asyik sibuk mengepam angin untuk melancarkan roket tersebut.
Kami mengambil masa lebih kurang seminggu untuk berlatih untuk menghadapi pertandingan roket tersebut. Pada kali ini, cabaran kami hadapi sungguh mencabar kerana syarat bahan yang diberikan adalah terhad.
Kami terpaksa memerah otak untuk mengeluarkan semua kreativiti kami kerana cabarannya ialah membawa sebiji telur ke udara dan mendarat dengan selamat. Masa yang tercatat paling lama diudara dicatat sebagai pemenang, sekiranya telur tersebut pecah ianya akan dibatalkan.
Sudah tiba masanya untuk kami bertanding pertandingan roket tersebut. Malam sebelum pertandingan kami berehat daripada terus berlatih, kerana ingin mengumpul tenaga pada hari keesokan harinya.
Berikut ialah para peserta yang asyik sibuk mendengar tetapan syarat pertandingan yang diberikan oleh pihak penganjur.
Gambar tersebut merupakan ahli saya yang sibuk menyiapkan roket air ketika pertandingan tersebut.
Daripada sebelah kiri: Syafiq, Akmal, Saiful
Gambar tersebut merupakan rakan saya iaitu ahli kedua daripada wakil SMKA KK.
Ketika menghasilkan roket tersebut, kami diberi masa selama 3 jam untuk menyiapkannya dan sepanjang masa tersebut dibenarkan mana-mana ahli yang ingin membuat percubaan melancarkan roket mereka.
Ahli kami hanya berani membuat satu kali percubaan sahaja, kerana takut telur yang diberikan pecah. Telur yang diberikan setiap kumpulan sebanyak 2 biji kerana sewaktu pertandingan akan diberikan satu peluang lagi untuk melancarkan roket tersebut ke udara.
Masa yang tertinggi akan diambil kira.
Gambar tersebut merupakan ahli saya yang sibuk ingin melancarkan roket iaitu cubaan yang diberikan kerana masa masih berbaki daripada 3 jam yang diberikan.
Roket tersebut sedang melonjak ke udara dan selamat mendarat.
Setelah 3 jam yang diberikan telah tamat, kami diberi masa untuk berehat bagi menunaikan solat fardhu Zohor dan makan tengahari. Ini merupakan peluang kami untuk menenangkan fikiran kerana letih menyiapkan roket air kami.
Sudah tiba masa yang ditunggu- tunggu..
Ahli kumpulan roket kedua iaitu giliran yang ke 4 yang bersemangat untuk masuk ke kawasan pertandingan
Sibuk menyediakan persiapan roket dan siap sedia untuk dilancarkan
Setelah dilancarkan, payung terjun mereka terjun mereka tersangkut pada tali menyebabkan payung terjun roket mereka tidak terbuka keseluruhannya. Hasilnya, catatan masa mereka terlalu singkat. Mereka agak sedikit kecewa, tetapi saya tetap memberi inspirasi kepada mereka agar tidak berputus asa kerana percubaan kedua masih ada.
Kini tiba giliran kami iaiti giliran yang ke 15 daripada 16 buah kumpulan.
Dengat raut muka yang sungguh bersemangat
Mengisi air kedalam botol roket dan siap sedia untuk dilancarkan
Video tersebut merupakan cobaan kami buat kali pertama
Cobaan pertama berjaya tetapi lambat sedikit payung terjun roket tersebut terbuka dan malang sekali apabila roket tersebut belum lagi mencapai ke darat, sudah ditangkap oleh pengunjung luar yang berada di sekitar kawasan tersebut.
Kami berasa sedikit kecewa, tetapi saya selaku ketua ahli kumpulan tetap memberi semangat kepada ahli rakan sekumpulan saya.
Secara tidak langsung, pihak penganjur memohon maaf kepada kami dan memberi sekali lagi percubaan untuk melancarkan roket tersebut.
Riak wajah kami berubah setelah diberitahu sebegitu rupa oleh pihak penganjur.
Setelah kami melancarkannya, roket tersebut melonjak tinggi ke udara menyebabkan payung terjunnya tidak terbuka menyebabkan telur yang berada didalam roket tersebut pecah.
Kami masih mempunyai satu lagi peluang pada percubaan kedua kerana terdapat satu lagi biji telur seperti yang anda sedia maklum.
Apabila sampai untuk pusingan yang kedua, pihak penganjur menangguhkan sebentar pertandingan tersebut bagi membuka ruang kepada peserta yang beragama Islam untuk menunaikan solat fardhu Asar.
Sekali lagi kami diberi peluang untuk menadah tangan untuk berdoa kepada Allah agar latihan yang kami usahakan selama ini membuahkan hasil.
Seterusnya, ahli kumpulan kedua daripada wakil SMKA KK melancarkan roket mereka pada pusingan kedua tetapi cobaan mereka gagal.
Kini mereka hanya bergantung kepada ahli kumpulan kami untuk terus mengharumkan nama sekolah yang tercinta iaitu SMKA KOTA KINABALU, SABAH.
Kini tiba masanya untuk kumpulan kami untuk melancarkan roket air pada pusingan yang terakhir.
Video ini mengambil masa lama sedikit kerana ketika itu kami asyik meluruskan kepala roket tersebut agar seimbang ketika dilancarkan dan agak riuh kerana ketika itu juga terdapat pertandingan lain yang turut diadakan di kawasan sekitar tersebut.
Ketika roket air tersebut dilancarkan, payung terjun kami terbuka dengan jayanya dan terapung di udara sambil ditiupi angin sehingga mendarat ke tanah. Saya melihat roket air yang kami lancarkan ketika itu agak lama catatan masanya.
Kami berharap cobaan kami itu, dapat membuahkan hasil.
Ketika itu, ahli rakan saya yang lain turut gembira kerana ada peluang untuk menjuarai tempat kedua atau ketiga kerana ketika itu semua ahli pasukan lawan tidak kurang hebatnya dan memberi saingan yang agak sengit.
Setelah itu, tibalah masa untuk memberi sijil penghargaan kepada semua ahli kumpulan tetapi apabila sahaja habis sahaja memberi sijil penghargaan, kumpulan kami tidak dipanggil untuk tampil ke hadapan. Saya bersama rakan yang lain turut merasa gelisah kerana adakah pihak penganjur terlupa akan kumpulan kami.
Sudah tiba giliran pihak penganjur mengumunkan pemenang tempat ketiga dan naib johan. Apabila sahaja pihak penganjur ingin mengumumkan johan pertandingan tersebut, "berikan tepukan kepada ahli kumpulan SMK AGAMA KOTA KINABALU!!". ketika itu saya terdiam sebentar kerana terkejut dengan keputusan yang diumumkan.
Saya dan rakan sekumpulan merasa gembira kerana julung-julung kalinya kami menjuarai pertandingan ini. Saya juga melihat ketika itu guru pengiring kam (Cikgu Sulaiman) turut tersenyum lebar melihat kejayaan kami.
Berikut adalah senarai pemenang:
- SMKA KOTA KINABALU,SABAH (JOHAN)
- SM ST MICHEAL,PENAMPANG,SABAH (NAIB JOHAN)
- SM ST JOHN,TUARAN ,SABAH(TEMPAT KETIGA)
Ahli kumpulan roket kedua sedang menerima sijil penghargaan daripada pihak penganjur
Gambar ahli kumpulan kami sedang menerima sijil penghargaan dan hadiah yang berupa (power bank) setiap seorang
Gambar kenangan bersama semua peserta yang mengikuti pertandingan roket air di UMS sempena Tamu Gadang di kawasan tersebut.
16 buah kumpulan, antaranya: SMKA KK(JOHAN), SM ST MICHEAL,PENAMPANG (NAIB JOHAN), SM ST JOHN,TUARAN (TEMPAT KETIGA), SMKA TUN AHMAD SHAH, PELAJAR UMS
16 buah kumpulan, antaranya: SMKA KK(JOHAN), SM ST MICHEAL,PENAMPANG (NAIB JOHAN), SM ST JOHN,TUARAN (TEMPAT KETIGA), SMKA TUN AHMAD SHAH, PELAJAR UMS
Sekian sahaja daripada, saya adalah insan yang baru belajar,.. segala salah dan silap harap dimaafkan.
Jika anda ingin memperbetulkan atau ingin mengemukakan sebarang persoalan, dipersilakan mengisi di ruang komen yang telah disiapkan.
Asssalamualaikum W.B.T
















No comments:
Post a Comment